Friday, December 5, 2008

BAYI

Bayi (1 – 18 bulan)
Setiap kanak-kanak mempunyai kadar pembangunan minda yang berbeza apabila berada dalam persekitaran yang berlainan. Mereka akan mula bergerak, bertutur dan bergaul mengikut masa dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa.
Ia amat penting bagi Ibubapa tidak saling membandingkan anak sesama anak yang lain. Sistem pembelajaran adalah yang teristimewa dan jangan terlalu berharap kerana ia hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri ibubapa itu sendiri.


Bayi
Saat yang paling ghairah!
Inilah episod baru bagi insan baru dengan kedua ibubapa nya. Ibu adalah yang pertama akan saling mengenali diri masing-masing. Bayi baru akan bermula mencari dan mengenali diri sesama.
Selama 9 bulan Ibu menantikan kehadiran bayi untuk di belai, di kucup dan sebagainya. Bayi juga akan mencari Ibu untuk apa jua keadaan dan sentiasa ingin di dampingi. Namun bayi sebenarnya lebih bijak dan akan dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dari apa yang Ibubapa dapat bayangkan.
Cara yang terbaik untuk mengenali bayi adalah dengan mendekati nya, meluangkan banyak masa bersama, memberi perhatian penuh semasa menyusu, membelai dan bercakap dengan sentuhan yang lembut sambil mengurut tubuh bayi.
Mengenali tindak balas berkomunikasi melalui sentuhan dan memahami ketidak selessaan bayi anda adalah amat penting supaya bayi anda membesar dengan penuh kasih sayang dan rasa selamat dalam dakapan ibubapa.
Tanpa di sedari, insan kecil ini membesar dengan cepat mengharungi berbagai karena yang unik.
Bayi akan melalui putaran tidur, makan, menangis dan sebagainya. Ibubapa perlu peka dan berhati-hati. Ramai bayi yang tidur selama 18 jam dalam masa yang singkat sehari (24 jam). Bayi tidur lebih lama pada siang hari dari waktu malam. Ibubapa perlu membantu bayi mengenali perbezaan waktu siang dan malam.

Satu cara adalah dengan mengelapkan kamar tidur dalam persekitaran yang sunyi apabila menjelang malam.

Dua minggu pertama, ibu akan sering menyusu mengikut kemahuan Bayi, mereka akan sentiasa kelihatan dahaga. 3 bulan menjelang, Ibubapa harus bersiap sedia merubah kekerapan penyusuan bayi dalam putaran waktu tertentu. Kurangi kekerapan penyusuan bayi pada waktu malam.


Menangis adalah cara yang terbaik bagi bayi untuk mendapat perhatian ibubapa. Bayi akan menangis dengan lebih banyak lagi dalam masa dua bulan pertama dan keadaan ini juga normal, Ibubapa tidak perlu khuatir atau rasa tertekan.


Bayi juga mempunyai cara yang istimewa untuk menenangkan diri mereka dengan sendirinya untuk berdiam dan bermain mengenali anggota tubuhnya. Ibubapa juga akan belajar mengenali keadaan tangisan bayi sama ada bayi terasa lapar, ingin menukar lampin atau hanya ingin di dakap dan di belai. Bayi akan menangis dengan lebih kerap dan kuat jika tiada perhatian diberi dari ibubapa.


Tangisan adalah cara komunikasi yang pertama antara bayi dan ibubapa. Tangisan bayi menunjukan keperlukan untuk sesuatu, sedang dalam keadaan yang kurang selesa atau mungkin hanya perlu didakap supaya sentiasa rasa bahagia.



Untuk membantu Bayi mengenali dunia dengan lebih baik, ibubapa perlu persiapkan bayi dalam persekitaran yang selesa didalam kamar mahupun di luar, perudaraan yang segar dalam suhu kamar yang seimbang, warna warni yang lembut, selingan musik yang merdu, pakaian dan alat permainan yang lembut dan sesuatu benda yang senang di pegang oleh bayi seperti botol susu.



Berbahagia lah Ibubapa disamping Bayi yang comel.


Ikuti seterus nya dalam coretan akan datang mengenali karena bayi berusia 3 bulan.

No comments: