Tuesday, November 18, 2008

Pendekatan (Bermain, Belajar & Selesa)

Mudah, pratikal, berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan, senang di fahami dan bermula tanpa perlu ada kelengkapan yang khas. Berlandaskan kemampuan dan kekuatan asas kanak-kanak itu sendiri untuk membuat sesuatu dengan penuh keyakinan.




Ibubapa juga dapat melihat dengan jelas apa yang mereka mampu lakukan dalam mendidik anak bukan sebaliknya. Membantu ibubapa memahami keupayaan, tingkah laku dan kemahiran dengan hanya perlu mengawasi dan memberi dorongan moral yang positif.




Memberi ruang dan pemilihan aktiviti yang luas bagi Ibubapa untuk membantu sama mengukuhkan perkembangan rohani dan jasmani dengan strategi yang sesuai khas buat diri anak itu.




Riaksi anak itu akan menyedarkan ibubapa untuk memberi lebih banyak lagi peluang yang baik demi mengukuhkan asas perkembangan dan kekuatan kemahiran yang berpotensi tinggi.




Bermain, belajar dan selesa bukan sesuatu yang khusus bagi mereka yang kurang upaya atau yang bermasalah dalam mendidik anak-anak malah ia terdedah pada semua termasuk golongan yang profesional dalam pendidikan kanak-kanak dan ibubapa yang sedang atau dalam perancangan membina keluarga yang harmoni.

Bermain
Aktiviti yang sering berlaku setiap hari bagi kanak-kanak dan kini ia menjadi satu perkara yang penting dapat meningkatkan integrasi dan interaksi bersama ibubapa.
Bermain bersama akan memberi ruang pertumbuhan psychologi yang sihat dan peluang bagi anak anda untuk meneroka dan menyelami keadaan sekitaran dan perbentukan watak.




Belajar
Ibubapa akan dengan sendiri nya tunjuk ajar anak yang sedang bermain. Disini juga, anak itu akan saling berkomunikasi tukar pendapat, belajar teknik pembetulan dan dapat mengaitkan keadaan sekeliling nya.




Selesa
Keselasaan akan meningkatan daya upaya anak itu bermain dan belajar dengan cemerlang, sentuhan akrab dan selamat, rasa kasih sayang dan menghargai nilai kekeluargaan.

Bermain, belajar dan selesa akan membantu ibubapa mengikuti dengan terperinci perkembangan janin dari awal kehamilan hingga anak itu berumur 6 tahun.




Saya akan menulis dan berkongsi sama ilmu ini dengan langkah demi langkah untuk mempertingkatkan ibubapa memperolehi kemahiran mengatasi setiap tingkah laku anak anda.







Anda juga berpeluang menerokai berbagai cara bermain, belajar dengan selesa bersama membentuk keperibadian sosial, emosi dan intelektual yang sihat.







Nantikan beberapa isu terkini demi memberansangkan minda anda untuk membuahkan belbagai idea menarik ketika berada disisi anak-anak yang comel membesar.







Anak-anak yang bermain sambil belajar dengan selesa akan menyerlah keriangan nya.

No comments: