Friday, October 31, 2008

Berpeluk Tubuh

Saya pasti ramai yang tahu makna simpulan bahasa di atas ini. Apabila berbincang / berborak kosong tentang perniagaan, ramai yang berpendapat perniagaan yang berjaya adalah

  • Perniagaan yang BESAR, harus ada modal BESAR,

  • Perniagaan famili yang berjaya, turun temurun,

  • Perniagaan yang telah dianugerahkan akan berjaya (gifted & talented),
Namun ada juga perniaga kecil, modal kecil yang berjaya. Ada juga perniagaan famili yang gagal selepas di ambil alih oleh mereka yang tidak berpengetahuan & berpengalaman. Ada juga mereka yang di anugerahkan keistimewaan tersendiri tetapi tidak berjaya.

Saya pernah berdialog dengan seseorang.

Kalau di beri peluang, adik nak niaga apa?
Jwb : Niaga kecil je macam Nasi Ayam Ke, Nasi Lemak Ke....boleh lah.
Boleh berjaya tak?
Jwp : Boleh lah agaknya kan. Tak pasti lagi kot.

Tahu masak Nasi Ayam / Nasi Lemak?
Jwp : Tak tau lagi...tak de masa nak masak.

Macam mana nak jual?
Jwp : Suruh orang lain masak dan saya jual.

Ada strategi nak jual?
Jwp : (Dia tergelak)...tak payah pakai strategi lah....bukan niaga besar pun.

Soalan yang akhir. Adik ada modal tak nak niaga?
Jwp : Modal???? $$$$ takde lagi kot, tak de hasil lagi camne nak niaga kan. Tunggu lah kot-kot ada rezeki yang datang bergolek.

Akak nak sponsor saya niaga ke? Dia bertanya pada saya.....
Saya tersenyum....bersahaja.

Dalam dialog ini saya dapati ada keinginan untuk berniaga & berjaya tetapi hanya boleh berpeluk tubuh menunggu dan berharap kejayaan itu akan datang pada kita tanpa usaha yang gigih dan ilmu yang manfaat.

Usahlah berpeluk tubuh, bangkit dan maju.

No comments: