Saturday, April 17, 2010

Bermotosikal ke Makkah



Artikel yang dipaparkan muka depan dada akbar - Berita Harian tanggal 23 Rabiulakhir 1431, benar-benar mencuit dan kesayupan amat terasa di hati. Saya bangga dan terus berdoa syukur kerana ada nya insan seperti jejaka bernama Zamran Ibrahim di pulau kecil Singapura ini punyai misi & visi menyertai ekspedisi kembara ke Bumi Suci 2010 bersama ahli yang lain dari negara jiran.




  • Objektif yang jelas


  • Iringan amal jariah yang tulus ikhlas


  • Lawati Masjid Besar Negara


  • Sedekah dan mencukupi keperluan 47 buah Masjid


  • Hadapi cabaran dan debaran tanpa ahli keluarga


5 titik diatas ini telah menyemarakkan lagi sokongan saya buat semua ahli ekspedisi ini terutama sekali pada Encik Zamran dan keluarga. Semoga Allah sentiasa disisi mereka, permudahkan segala urusan perjalanan dan kembali kepangkuan keluarga dengan sihat gembira. Aminn...Insya'Allah.








Tuesday, January 13, 2009

Hari Pertama Ke Sekolah

Pengalaman Hari Pertama Ke Sekolah.

Hari pertama ke sekolah adalah satu pengalaman yang berbeza bagi setiap ibubapa dan anak-anak. Keduanya akan dapat rasakan suatu perasaan yang belbagai dalam sedetik masa yang berlalu. Keghairahan, akan terpancar dari wajah ibubapa dan sedetik kemudian, akan timbul rasa kerisauan. Anak itu juga akan merasai situasi yang sama atau mungkin mereka lah lebih rasa bersedia, gairah dan ingin mula sesuatu yang baru.

Bagi anak yang telah berada dalam tajaka juga tidak terkecuali, mereka juga seringkali rasa pembaharuan dari segi keadaan persekitaran, wajah-wajah baru dan juga cabaran pergaulan.

Tangisan pasti akan kedengaran dan yang pasti, guru-guru sudah amat bersedia untuk melangkah lebih setapak lagi menanggani anak-anak kecil dengan berhemat dan berjaya.
Ibubapa pula harus redha dan ikhlas melepaskan anak kecil tadi buat seketika dengan sepenuh kepercaayan pada guru-guru yang berpengalaman. Pengalaman manis ini akan berlalu pergi sejenak tanpa ibubapa itu sedari.


12 Tips ini akan dapat membantu ibubapa dan anak kecil melalui hari-hari hadapan dengan mesra dan mengadaptasi segala perubahan dengan mudah dan ceria.

  1. Bercakap tentang pembaharuan. Bercakap dengan guru-guru, ibubapa lain tentang pembaharuan yang di alami. Bercakap dan berkongsi pengalaman manis dengan anak anda tentang persedian dan persekolahan.
  2. Cakap tentang perkara yang tidak akan berubah. Bercakap dan berkongsi tentang apa yang tidak akan berubah, yang masih akan berlaku seperti sediakala. Contoh, Ibu akan berada di sisi sekembali dari sekolah, riadah petang akan sama, anak jiran akan bermain bersama selepas sesi persekolahan dan sebagainya.
  3. Bawa anak itu ke sekolah terdahulu (Orentasi). Kini banyak sekolah akan terdahulu mengadakan sesi orentasi / kesesuaian (anak dan ibubapa) dengan persekitaran, keadaan bilik darjah, tempat bermain, makan dan berehat, membeli pakaian seragam dan perkakas sekolah. Ada juga yang akan berinteraksi / berdialog dengan ibubapa dan anak-anak. Guru-guru juga akan perkenalkan diri dan memberi informasi yang berguna.
  4. Mengenali Guru anak anda. Hari pertama juga amat penting bagi ibubapa mengenali guru anak anda dan mendapatkan segala informasi penting.
  5. Menghadirkan diri dan mengintai keadaan anak. Ibubapa akan dinasihatkan menghadirkan diri buat dua/tiga hari pertama dengan harapan semuanya berjalan dengan lancar.
  6. Beri kepastian pada anak anda. Ibubapa harus memastikan dan memberitahu anak anda tentang apa yang akan anda lakukan seperti, ”Ibu hantar Akif naik bas sekolah disini dan nanti bila balik Ibu juga akan ada disini tunggu Akif”. ”Uncle Samat baik tau...dia bawa dan ambil Akif dari sekolah”. ”Cikgu Atiqah pun baik tau...dia jaga dan bermain dengan Akif nanti disekolah”. Bercakap tentang kebaikan orang yang akan berada bersama mereka. Pastikan anak anda rasa selesa dengan mereka.
  7. Tunjukan keghairahan anda dan keseronokan tentang sekolah. Apabila berada di rumah atau sedang berehat, berkongsi cerita sama tentang keseronokan kesekolah – berkawan lebih ramai, permainan, aktiviti belajar, bilik darjah yang warna-warni dan banyak lagi.
  8. Bantu anak mencari kawan. Bantu anak anda mencari kawan terutama sekali dengan mereka yang menaiki bas sekolah bersama. Anak anda akan rasa bahagia dan berharap akan ketemu dengan kawan yang mereka kenali.
  9. Kongsi cerita tentang diri anda semasa kecil. Berkongsi cerita tentang pertama kali anda kesekolah dan pengalaman berkawan, bermain dan belajar. Cerita lucu sering akan memberi impak yang berbeza.
  10. Bersiap bersama. Bersiap bersama adalah aktivi yang amat digemari, bermandi, berpakaian dan bersarapan. Jadikan perkara ini suatu keadaan yang santai namun ceria.
  11. Memuji dan motivasi. Perasaan anak mungkin berbeza dari hari kesehari, Ibubapa harus peka dan sensitif dengan keadaan ini jika ia berlaku. Memberi pujian akan perkara yang mereka jaya lakukan tanpa kehadiran ibubapa disisi amat penting, berikan motivasi yang membangun dan berterusan. Tetapi ibubapa juga harus berhati-hati, elakkan berjanji tentang sesuatu yang tidak pasti.
  12. Sudut yang istimewa di rumah. Ubah satu sudut /ruang kamar bagi anak anda pamerkan kerja tangan nya di rumah. Ubah suai sudut khas bagi anak anda belajar dan berkarya dengan baik.